Wednesday, July 11, 2018

Perutusan Presiden KHKS Sesi 2018-2020


Bismillahirahmannirahhim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Kelab Hiburan Kebajikan & Sukan, Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Selamat Mengunjungi Laman Blog
KHKS KKNS.
Saya mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana kita dapat bertemu dalam laman blog ini dan amat berharap kita boleh bersama-sama mencapai objektif KHKS seperti menganjurkan acara-acara sukan dan rekreasi untuk ahli-ahli Kelab, menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan untuk kepentingan ahli-ahli dan menyemaikan perasaan persaudaraan, muhibah dan toleransi di kalangan ahli-ahli serta masyarakat umum.

Seiring dengan perkembangan ICT semasa, KHKS juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memuatkan pelbagai pemakluman, maklumat dan aktiviti berkaitan sepanjang tahun. Oleh yang demikian dengan adanya laman blog ini, saya berharap ahli-ahli KHKS boleh mendapatkan info yang berkaitan secara langsung dan ini akan membantu mempercepatkan penyampaian dibuat untuk kebaikan bersama.

Akhir kata, terima kasih kepada kalian semua kerana sudi mengunjungi laman blog ini dan memberi sokongan berterusan kepada semua Jawatankuasa yang ada serta aktiviti yang akan diadakan kelak. Sebarang cadangan atau komen untuk tujuan memantapkan & meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengurusan sistem maklumat amatlah dialu-alukan.

Selamat Melayari!

Terima kasih.

MOHD.AZMAN BIN HJ MOHD.YUSSOF
Presiden
Kelab Hiburan Kebajikan & Sukan,
Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
Sesi 2018-2020

No comments:

Post a Comment