Thursday, July 12, 2018

Mesyuarat Agung Tahunan KHKS-KKNS 2018

Mesyuarat Agung Tahunan KHKS-KKNS 2018 telah diadakan pada 10hb Julai 2018 yang telah lalu. Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 135 orang ahli biasa dan ahli seumur hidup. Pemilihan AJK Induk bagi sesi 2018/2020 telah diadakan. Sebanyak 9 daripada 10 jawatan yang dipertandingkan telah dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK Sukan yang melibatkan pertandingan iaitu ditandingi oleh 3 orang calon. Berikut adalah AJK Induk yang telah dipilih bagi sesi 2018/2020 :

Presiden : Encik Mohd Azman Haji Mohd Yussof
Timbalan Presiden : Puan Anne @ Janet Venantius
Setiausaha Agung : Cik Brenda Bopulas
Pen. Setiausaha : Puan Angelie Tee Giok Bee
Bendahari : Puan Diana Chong Yen Nyuk
Pen. Bendahari : Encik Joseph Rayman
AJK Hiburan : Encik Hilary Petrus
AJK Kebajikan : Encik Suffian Majid
AJK Sukan : Encik Mohammad Hanafi Datuk Hj. Semion
AJK Penerangan : Encik Ibrahim Hj. Asmat


Barisan AJK Induk KHKS-KKNS sesi 2018-2020
Dari Kiri Suffian Majid (Kebajikan), Mohd Hanafi Datuk Hj. Semion (Sukan), Angelie Tee (Pen. Setiausaha), Brenda Bopulas (Setiausaha Agung), Mohd Azman Hj. Mohd Yussof (Presiden), Anne @ Janet Venantius (Timb. Presiden), Diana Chong ( Bendahari), Joseph Rayman (Pen. Bendahari), Hilary Petrus (Hiburan), Ibrahim Hj. Asmat (Penerangan)

Mesyuarat juga telah sebulat suara melantik Puan Rosina Venantius dan Encik Teo Thin Hwa sebagai Pemeriksa Kira-kira bagi sesi 2018/2020.

Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung KHKS-KKNS
















































































































No comments:

Post a Comment