KHKS telah menganjurkan Malam Kewangan 2018 pada 21 Disember 2018 bertempat di Ballroom 1, Magellan Sutera Resort yang bertemakan "Malam Etnik", #kitakitajugabaini. YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah yang diwakili oleh YB. Sarifuddin Bin Hata, Pembantu Menteri Kewangan telah menyempurnakan acara perasmian majlis tersebut.
Malam Kewangan ini turut dihadiri oleh Datuk Pg. Hassanel Bin Datuk Pg. Hj Mohd Tahir, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Datuk Hj. Kaim Kalimin dan Datuk Peter Thien Sin Min, Ketua-ketua Badan Berkanun/agensi/jabatan, ahli-ahli KHKS, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan serta agensi-agensi. Selain dihiburkan oleh artis jemputan [Kumpulan Atmosfera dan Aprillisa Sue Ann], majlis diserikan lagi dengan pertandingan akhir Karaoke Kewangan, 'Best Dress' dan cabutan tiket bertuah.
KHKS-KKNS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Badan berkanun/Agensi, Ahli-ahli KHKS, Pegawai dan kakitangan KKNS yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang tinggi dan terbaik dalam menjayakan program Malam Kewangan 2018 ini...
#kitakitajugabaini
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada
AJK INDUK KHKS-KKNS SESI 2018-2020
Gambar-gambar sekitar majlis
No comments:
Post a Comment