Monday, September 30, 2019

Karnival Sukan MOF 2019




Setelah lebih kurang 5 tahun menyepi Karnival Sukan Kementerian Kewangan Negeri Sabah kini kembali untuk kali yang ke-10 dan telah bermula sejak Ogos 2019 dan telah berakhir November 2019.

Karnival kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 14 Kontinjen yang terdiri daripada Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Kewangan dengan 7 acara yang dipertandingkan pada karnival sukan tahun ini. 

Kontinjen yang bertanding





Mesyuarat Jawatankuasa Induk  Sukan Karnival Kementerian Kewangan kali ke 10
di Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 19 Julai 2019 



Sukan Karnival MOF 2019 telah dimulakan dengan Pertandingan Dart dan Karom yang  diadakan pada 24 Ogos 2019 bertempat di Wisma Pertanian  Kota Kinabalu. Pertandingan ini adalah anjuran bersama Progressive Insurance Berhad (PIB), Saham Sabah Berhad (SSB), Yayasan Usaha Maju (YUMS) & Tabin Wildlife.

Suasana sekitar pertandingan yang telah dijalankan.

               

Peserta-peserta handalan MOF untuk Dart dan Karom















Sukan Karnival diteruskan lagi dengan Pertandingan Bowling telah dijalankan pada 07 September 2019 anjuran bersama DESA, Sabah Development Bank (SDB) dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN). 




Penganjur acara bowling



Pertandingan Badminton

Pertandingan  telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Bahari Hassan pada 21 September 2019. Ia juga merupakan majlis perasmian untuk pembukaan Karnival Sukan ini. Pertandingan ini adalah anjuran bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Borneo Development Corporation (BDC).

























Futsal anjuran Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) telah diadakan pada 28 September 2019. Perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Bendahari Negeri  Sabah Tuan Haji Rusdin bin Riman..






Pasukan Futsal wanita  MOF telah muncul sebagai naib juara bagi kategori futsal wanita setelah tewas kepada pasukan SDB (Sabah Development Bank)









Bola Tampar

Ping Pong

Sukaneka







1 comment: